Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang
berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap
toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di
dalam sesebuah rumahtangga.
Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.
Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan
sepuluh tips berikut:
1.
Ciuman
- Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah
yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan
ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.
2.
Cincin perkahwinan
- Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat
dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
3.
Makan malam atau bercuti-
Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama
pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi
hubungan anda suami isteri.
4.
Perubahan -
Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan
dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan
ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh
itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
5.
Adab -
Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab
(menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak
menyakiti hati pasangan anda.
6.
Lemah-lembut dan berbudi bahasa
- Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi
bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan
membuatkan suami anda rasa disayangi.
7.
Hadiah -
Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya,
seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan
sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna
pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari
tersebut.
8.
Senyum - Kata orang senyum itu
sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda
setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
9.
Sentuhan -
Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda
tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan
dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
10.
Impian -
Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah
berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan
impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam
mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.
Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang
berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar